Isnin, 12 Disember 2011

3.0 BAHAGIAN B: E-FORUM

Terdapat 5 soalan untuk dibincangkan secara on-line menerusi laman MyGuru2:

1. Sebagai seorang guru, bagaimanakah anda melaksanakan tanggungjawab untuk mempastikan hasrat yang terkandung di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan tercapai?

2. Perlukah Dasar PPSMI kembali dilaksanakan di sekolah-sekolah? Berikan hujah anda.

3. Kurikulum standard ke arah membangunkan modal insan bertaraf dunia. Bincangkan.

4. Guru sebagai arkitek bangsa. Hujahkan.

5. Peraturan-peraturan perkhidmatan keguruan dapat menjamin perkhidmatan yang cemerlang. Bincangkan.


----------------------------------

FORUM E-LEARNING

3.1 Sebagai seorang guru, bagaimanakah anda melaksanakan tanggungjawab untuk mempastikan hasrat yang terkandung di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan tercapai?

FORUM 1

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan untuk mengembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepadaTuhan. Usaha ini adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan dan berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta dapat menyumbangkan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.”



Group Forum - Group EL-S03

JAWAPAN FORUM 1

Sebagai seorang guru, bagaimanakah anda melaksanakan tanggungjawab untuk mempastikan hasrat yang terkandung di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan tercapai?


View Message : Current Topic

KEIKHLASAN, KOMITMEN DAN PEMBANGUNAN POTENSI DIRI



Posted By : Jurayah @ Jane Botohong (D20102042506)
Date posted : 23 Sep 2011 02:58:49 PM
(12 read/s)



Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) telah menggabungkan matlamat, dasar-dasar dan amalan-amalan pendidikan yang menjadi satu garisan segala istilah, pemikiran dan prinsip berkaitan dengan pendidikan Negara kita. Ia juga bertujuan menjadikannya lebih jelas, logik dan sesuai secara menyeluruh untuk diaplikasikan. Falsafah Pendidikan kebangsaan menyatakan keinginan kerajaan mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. FPK memberi panduan dan haluan kepada pakar pendidikan merancang dan melaksanakan sistem pendidikan di Malaysia.

Bagi memastikan hasrat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) tercapai, guru-guru perlu memahami perkembangan pendidikan yang dilalui oleh seorang kanak-kanak. Iaitu sejak lahir, melalui pendidikan awal kanak-kanak dan di peringkat sekolah seperti pra-sekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah. Di sekolah, guru perlu ada kesedaran dan bertanggungjawab membentuk kanak-kanak selaras dengan kehendak FPK. Antaranya penerapan nilai murni bermula dari pendidikan pra-sekolah sehinggalah ke sekolah menengah melalui proses pembelajaran. Di mana, guru perlu membimbing kanak-kanak tersebut dalam pembentukan peribadi berdasarkan nilai-nilai murni yang disarankan oleh FPK melalui penggabungjalinan sukatan pelajaran semasa. Guru-guru juga perlu sedar bahawa di samping tugas mengajar mengikut sukatan pelajaran, guru perlu menerapkan nilai-nilai murni ini secara tidak formal melalui komunikasi yang baik antara guru dan murid, melalui sesi pengajaran di kelas dan banyak lagi kaedah atau strategi mengikut kreativiti seorang guru.

Seorang guru perlu ada usaha mengembangkan potensi dirinya dengan menjadikannya satu aktiviti sepanjang hayat supaya guru-guru dapat melaksanakan tanggungjawab untuk memastikan hasrat FPK tercapai. Sebagai contoh, guru-guru yang sedang sedang belajar di universiti merupakan salah satu cara mengembangkan potensi diri untuk diaplikasikan kepada pelajar nanti. Sekian.


Attachment : File : FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN.docxFALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN.docx



ULASAN/ PANDANGAN/ KOMEN UNTUK FORUM 1

ULASAN 1

Group Forum - Group EL-S03


Read

Re : Sebagai seorang guru, bagaimanakah anda melaksanakan tanggungjawab untuk mempastikan hasrat yang terkandung di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan tercapai?

24 Sep 2011 09:25:56 AM


Posted By :

Jurayah @ Jane Botohong

24 Sep 2011 12:26:31 AM


Reply To :

Shadia Binti Jimlok



Attachment :

https://myguru2.upsi.edu.my/images/themes/default/icon-small/attach_s.gifJAWAPAN Bahagian B-E Forum 1.docx



Salam 1 UPSI 1 Group EL-S03,

Saya bersetuju dengan pendapat cikgu Shadia. Di mana, sebagai seorang guru, kita mestilah berusaha secara berterusan memastikan hasrat kerajaan melalui Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) tercapai. Keikhlasan saya sebagai guru yang hendak menerapkan nilai-nilai yang terkandung dalam FPK mendorong saya lebih terbuka dan peka dengan keperluan ilmu yang bersesuaian bagi melengkapkan diri untuk merialisasikan hasrat FPK.

Bagi melahirkan modal insan yang berilmu, berkemahiran dan mempunyai semangat kerohanian memerlukan komitmen yang tinggi pada diri saya supaya menjadi seorang yang benar-benar `GURU' . Ini kerana, sebagai guru kita tidak dapat mengelakkan diri menjadi teladan dan tempat mendapat ilham positif atau negatif dari murid-murid.

Oleh itu, bagi melaksanakan tanggungjawab untuk melaksanakan hasrat yang terkandung di Falsafah Pendidikan Kebangsaan tercapai, saya perlu sentiasa berusaha mempelajari dan mengkaji teori belajar, teori mengajar, teori perkembangan jiwa kanak-kanak dan sentiasa peka mengikuti perkembangan atau perubahan kurikulum terkini supaya tidak tersasar dari objektif Falsafah Pendidikan Kebangsaan..Sekian.

|


ULASAN/ PANDANGAN/ KOMEN UNTUK FORUM 1

ULASAN 2

Group Forum – EL S03



Read

Re : FORUM 1 : Sebagai seorang guru, bagaimanakah anda melaksanakan tanggungjawab untuk mempastikan hasrat yang terkandung di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan tercapai?

26 Sep 2011 04:21:42 PM


Posted By :

Jurayah @ Jane Botohong

24 Sep 2011 01:15:56 PM


Reply To :

Fellylee Ansun @ James



Attachment :

No File Attach



Salam semua,

Bagi saya, memang benar saranan cikgu Fellylee yang menghubungkaitkan sahsiah atau keperibadian guru dengan pembentukan akhlak dan peribadi anak-anak didik guru. Sebagai guru, amatlah wajar jika menilai dan membentuk keperibadian diri terlebih dahulu, kerana akhlak mulia seorang guru akan menjadi ikutan dan juga menjadi modal guru untuk membimbing murid menjadi pelajar cemerlang dalam semua aspek yang disarankan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Sebagai guru, saya haruslah sentiasa membisikkan dalam hati saya bahawa guru adalah seorang fasilitator, pemberi motivasi, pemacu dan pemberi inspirasi belajar kepada pelajar pada setiap masa selama kita menjadi gurunya. Oleh itu, guru haruslah berusaha sentiasa bersikap dan bertutur laku dengan baik walaupun diluar waktu mengajar. Ini kerana peranan guru terlalu besar penglibatannya dalam mengembangkan budi pekerti, potensi pelajar dan keseimbangan pelajar dari semua aspek.

Semoga keikhlasan dan komitmen guru secara berterusan membantu usaha murni kerajaan membentuk modal insan seimbang sebagaimana yang diwar-warkan dalam Falsafah Pendidikan kebangsaan..Sekian.

|


ULASAN/ PANDANGAN/ KOMEN UNTUK FORUM 1

ULASAN 3

Group Forum –EL S03


Read

Re : FORUM 1 : Sebagai seorang guru, bagaimanakah anda melaksanakan tanggungjawab untuk mempastikan hasrat yang terkandung di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan tercapai?

26 Sep 2011 05:10:53 PM


Posted By :

Jurayah @ Jane Botohong

25 Sep 2011 03:05:11 PM


Reply To :

Suraya Binti Sam



Attachment :

https://myguru2.upsi.edu.my/images/themes/default/icon-small/attach_s.gifFALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN.docx



Salam 1 group,

Falsafah Pendidikan Kebangsaan mengandungi satu konsep asas tentang ilmu, nilai ilmu dan peranan ilmu dalam pembangunan insan. Di mana, pendidikan diertikan sebagai satu proses dan aktiviti sepanjang hayat, bagi pembentukan diri dan masyarakat untuk pembangunan dan kesejahteraan bagi setiap lapisan masyarakat di negara ini. Jelaslah di sini bahawa Falsafah pendidikan kebangsaan bukan hanya bertujuan untuk menggalakkan masyarakat memperolehi diploma, ijazah, master atau sebagainya tetapi juga mengembangkan potensi individu secara menyeluruh, bersepadu dan seimbang serta harmonis dari semua aspek mengikut konsep FPK.

Guru perlu sentiasa terbuka dan peka dengan keperluan ilmu yang mampu mengembangkan potensi guru sebagai pengajar, pembimbing, role model atau pemberi inspirasi kepada pelajar dan masyarakat. Sewajarnya seorang guru perlu kreatif dan berinisiatif dalam menjana kandungan kurikulum dan ko-kurukulum agar bersesuaian. Sama-samalah kita berusaha menjadi guru yang berilmu dan kreatif bagi memastikan hasrat yang terkandung dalam FPK tercapai...Sekian.

|


ULASAN/ PANDANGAN/ KOMEN UNTUK FORUM 1

ULASAN 4

Group Forum – EL S03

Read

Re : Sebagai seorang guru, bagaimanakah anda melaksanakan tanggungjawab untuk mempastikan hasrat yang terkandung di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan tercapai?

27 Sep 2011 05:05:07 PM


Posted By :

Jurayah @ Jane Botohong

26 Sep 2011 11:31:04 PM


Reply To :

Sitti Rugaiyah Binti Abdul Hamid



Attachment :

https://myguru2.upsi.edu.my/images/themes/default/icon-small/attach_s.gifFALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN.docx



Salam 1 Malaysia,

Kalau difikirkan dan dinilai dari semua sudut, tugas dan tanggungjawab seorang guru memang sungguh berat. Guru bertanggungjawab untuk mengajar, membimbing dan menjadi inspirasi kepada anak didiknya. Guru bukan sahaja dipertanggungjawabkan untuk merialisasikan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan tetapi tugas guru merupakan amanat langsung dari Tuhan. Ini kerana guru merupakan orang tua kedua anak-anak didik. Sebagai orang tua kedua, guru perlu mempunyai pendekatan sendiri yang murni mengikut atau berpandukan kaedah yang disarankan oleh FPK bagi menghasilkan anak-anak didik yang seimbang, berakhlak dan intelek.

Dalam usaha membentuk potensi anak-anak didik ke arah yang cemerlang dan seimbang, banyak kaedah dan strategi boleh guru aplikasikan sebagaimana yang yang telah didedahkan dalam kursus semasa. Di sini secara tidak langsung membantu ke arah pencapaian matlamat FPK. Saya yakin jika semua guru ada usaha yan berterusan dengan penuh keikhlasan, dedikasi dan berbekalkan ilmu yang sepatutnya, pastinya saya dan anda semua dapat melaksanakan dengan jayanya tanggungjawab yang telah diamanahkan pada kita sebagai "Guru"...Sekian.

|


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

3.2 Perlukah Dasar PPSMI kembali dilaksanakan di sekolah-sekolah? Berikan hujah anda.

JAWAPAN FORUM 2

Group Forum – EL S03


View Message : Current Topic

Perlukah Dasar PPSMI kembali dilaksanakan di sekolah-sekolah.



Posted By : Jurayah @ Jane Botohong (D20102042506)
Date posted : 08 Oct 2011 10:39:13 AM
(1 read/s)



Salam 1 Malaysia,

Pada pendapat saya Dasar PPSMI tidak sesuai dilaksanakan semula di sekolah-sekolah jika pendekatan dan kaedah yang sama dijalankan. Rekod PPSMI selama 6 tahun perlaksanaan telah membuktikan PPSMI banyak kepincangan dan kelemahan. Antaranya, penggunaan bahasa inggeris dalam pengajaran matematik dan sains menimbulkan tekanan dan kekuatiran di kalangan pelajar-pelajar dan guru-guru matematik dan sains yang kurang mahir berbahasa inggeris. Mata pelajaran matematik dan sains merosot dengan ketaranya pada tahun 2003. Penguasaan ilmu sains dan matematik terjejas kerana disebabkan masalah bahasa inggeris.

Saya merupakan guru opsyen matematik yang turut sama menerima bahang dari kekuatiran dan tekanan daripada beberapa sudut kerana kurang mahir mengajar matematik dalam bahasa inggeris. Anggapan `guru serba boleh' dari pihak pentadbiran sekolah memaksa guru matematik dan sains menguasai bahasa inggeris dalam masa yang singkat. Semasa dalam proses mengikuti kursus-kursus bahasa inggeris, kadang-kadang guru akan diiringi dengan belbagai tekanan dari pihak sekolah dan masyarakat.

Menggunakan kos sendiri untuk meningkatkan kemahiran menguasai bahasa inggeris, tidak menjadi masalah kepada guru-guru yang mempunyai kesedaran perlunya meningkatkan ilmu sepanjang hayat. Apa yang penting, guru-guru diberi masa dan peluang meningkatkan ilmu pengetahuan dari segi masa mengikuti kuliah atau kursus, kemudahan pembiayaan seperti biasiswa dari KPM dan memberi garis panduan khusus untuk guru besar atau pengetua dan guru-guru untuk berkursus atau menyambung pembelajaran di universiti supaya tidak menjadi bahan tumpuan tekanan atau laluan guru besar dan pengetua menyekat kebajikan guru berkenaan. Sebagai contoh, pihak sekolah merancang aktiviti yang akan diadakan pada setiap hari Sabtu dan mewajibkan semua guru datang tanpa pengecualian, termasuklah guru-guru yang mengikuti kursus peringkat sijil dan kuliah di universiti pada hari sabtu.

Penggunaan bahasa inggeris dalam pengajaran matematik dan sains bagi saya cukup baik untuk meningkatkan kualiti penguasaan bahasa inggeris. Hanya bagi pendapat saya, PPSMI telah dilaksanankan secara mengejut. Dimana guru-guru dan murid dipaksa menggunakan bahasa inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains tanpa persiapan yang sewajarnya, sehinggakan menyebabkan pelbagai isu telah timbul termasuklah membawa padah musibah politik.

Oleh itu, jika pihak kerajaan memikirkan PPSMI perlu dilaksanakan semula, saya mengharapkan akan ada penambahbaikan dari segi persiapan perlaksanaan dan kaedah dari semua peringkat. Misalnya, mengatasi kekurangan guru bahasa inggeris, melonggarkan penggunaan dwi bahasa, jangan dipolitikan dan lain-lain lagi yang di rasakan perlu..Sekian.


Attachment : No File Attach...




ULASAN/ PANDANGAN/ KOMEN UNTUK FORUM 2

ULASAN 1

Group Forum – EL S03


Read

Re : Perlukah Dasar PPSMI kembali dilaksanakan di sekolah-sekolah? Berikan hujah anda.

11 Oct 2011 11:36:53 AM


Posted By :

Jurayah @ Jane Botohong

09 Oct 2011 01:27:15 AM


Reply To :

Sitti Rugaiyah Binti Abdul Hamid



Attachment :

No File Attach



Salam 1 UPSI,

Bagi pendapat saya, memang benar apa yang diutarakan oleh cikgu Sitti. PPSMI memang tidak mencapai objektif yang di harapkan sehingga membawa kepada pemansuhannya. Sejak perlaksanaan PPSMI juga menyebabkan bahasa melayu agak dipinggirkan oleh ibu bapa. Sebagai guru, saya mengharapkan pihak kerajaan membuat penyelidikan secara terperinci dari semua aspek terlebih dahulu sebelum melaksanakan sesuatu dasar supaya apa yang diharapkan akan tercapai..Sekian.

|

ULASAN/ PANDANGAN/ KOMEN UNTUK FORUM 2

ULASAN 2

Group Forum – EL S03


Read

Re : FORUM 2

13 Oct 2011 09:42:23 PM


Posted By :

Jurayah @ Jane Botohong

09 Oct 2011 02:02:42 PM


Reply To :

Rita Binti Lamaris



Attachment :

No File Attach



Salam 1 Malaysia dan salam sejahtera,

Saya bersetuju dengan kenyataan cikgu Rita. Jika diimbas semula jurang perbezaan keputusan peperiksaan awam di kawasan bandar dan luar bandar, memang amat ketara keputusannya semasa mula-mula PPSMI dilaksanakan. Murid yang kurang mahir dalam bahasa inggeris menghadapi kesukaran menguasai kemahiran matematik dan sains. Semuanya disebabkan pengggunaan bahasa inggeris dalam pengajaran matematik dan sains. Murid yang menjadi harapan guru-guru meningkatkan peratus kelulusan kedua mata pelajaran tersebut, hanyalah dikalangan anak-anak guru dan anak-anak dari jabatan awam lain. Ini kerana kebanyakan murid-murid ini lebih terdedah kepada kemudahan pembelajaran bahasa inggeris seperti tuisyen di luar masa persekolahan dan penggunaan bahasa inggeris di rumah.

Walaupun pemansuhan PPSMI cukup melegakan banyak pihak, kita jangan lupa kepentingan penguasaan bahasa inggeris dalam arus pembangunan global. Sebagaimana yang diutarakan oleh cikgu Rita "Berubah demi kebaikan". Sekian

|


ULASAN/ PANDANGAN/ KOMEN UNTUK FORUM 2

ULASAN 3

Group Forum – EL S03

Read

Re : Dasar PPSMI

17 Oct 2011 08:20:51 AM


Posted By :

Jurayah @ Jane Botohong

03 Oct 2011 09:51:57 PM


Reply To :

Fellylee Ansun @ James



Attachment :

No File Attach



Salam 1 Malaysia

Bagi pendapat saya, pemansuhan dasar PPSMI adalah satu tindakan yang wajar kerana banyak masalah pengajaran dan pembelajaran akibat perlaksanaannya. Dasar baru MBMMBI merupaksn pengganti dasar lama PPSMI. Saya mengharapkan dasar baru ini dapat mengukuhkan bahasa inggeris serta memartabatkan bahasa melayu. Saya yakin pihak kerajaan pastinya banyak mengkaji sebelum membuat keputusan memansuhkan PPSMI dan menggantikan MBMMBI. Sekian



ULASAN/ PANDANGAN/ KOMEN UNTUK FORUM 2

ULASAN 4


Group Forum – EL S03

Read

Re : FORUM 2 - Perlukah Dasar PPSMI kembali dilaksanakan di sekolah-sekolah? Berikan hujah anda.

22 Oct 2011 04:40:59 PM


Posted By :

Jurayah @ Jane Botohong

14 Oct 2011 11:43:39 AM


Reply To :

Shadia Binti Jimlok



Attachment :

No File Attach



Salam 1 UPSI,

Saya bersetuju dengan pendapat cikgu Shadia mengenai beban kerja dan tekanan guru mengajar matematik dan sains yang tidak menguasai atau kurang menguasai bahasa inggeris. Oleh itu bagi pendapat saya berdasarkan kegagalan perlaksanaan dasar PPSMI amatlah wajar dasar ini diubah kepada dasar yang lebih baik. Perlaksanaan dasar baru MBMMBI merupakan satu tindakan kerajaan membaiki dasar lama PPSMI. Sebagai guru, saya sentiasa mengharapkan kerajaan berjaya melaksanakan dasar yang terbaik untuk anak-anak didik. Jika dasar MBMMBI ini mampu membaiki kelemahan dasar lama PPSMI, saya berpendapat dasar PPSMI tidak perlu lagi kembali dilaksanakan di sekolah-sekolah. Sekian.



3.3 Kurikulum standard ke arah membangunkan modal insan bertaraf dunia.

Bincangkan.

JAWAPAN FORUM 3

Group Forum – EL S03


View Message : Current Topic

Kurikulum Standard ke arah membangunkan modal insan bertaraf dunia.



Posted By : Jurayah @ Jane Botohong (D20102042506)
Date posted : 22 Oct 2011 06:11:33 PM
(1 read/s)



Salam 1 Malaysia 1 UPSI,

Kurikulum standard merupakan satu misi perancangan kerajaan membentuk transformasi pendidikan. Pengetahuan asas mengenai kurikulum standard ini perlu diketahui oleh guru-guru, pihak pengurusan pendidikan dan ibu bapa. KSSR ialah singkatan bagi Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Transformasi kurikulum ini berasaskan dua standard utama iaitu standard kandungan dan standard pembelajaran. Perlaksanaan kurikulum standard ini hasil semakan semula Kurikulum Bersepadu yang dilaksanakan sejak tahun 1993 lagi.

Bagi pandangan saya, kurikulum standard ini boleh membangunkan modal insan bertaraf dunia kerana melalui kurikulum standard ini telah menyediakan satu pendidikan berkualiti secara optimum untuk murid supaya seimbang, berdikari dan berjaya dalam kehidupan.Ia telah digubal khas untuk mengembangkan potensi murid secara menyeluruh, bersepadu, bersesuaian dengan semua tahap dan seimbang akhlak mulia secara menyeluruh.

Kurikulum standard ini pastinya dapat menyaingi pendidikan negara-negara maju untuk melahirkan modal insan bertaraf dunia, jika semua pihak yang berkaitan sama-sama berganding bahu dalam perlaksanaan pembangunan kurikulum ini.


Attachment : No File Attach...


|


ULASAN/ PANDANGAN/ KOMEN UNTUK FORUM 3

ULASAN 1

Group Forum – EL S03

Read

Re : FORUM 3 : Kurikulum standard ke arah membangunkan modal insan bertaraf dunia. Bincangkan.

22 Oct 2011 06:58:03 PM


Posted By :

Jurayah @ Jane Botohong

18 Oct 2011 10:25:16 PM


Reply To :

Sitti Rugaiyah Binti Abdul Hamid



Attachment :

No File Attach



Salam 1 Malaysia,

Saya setuju dengan pendapat cikgu bahawa kerajaan sentiasa berusaha mewujudkan dasar sistem pendidikan global yang canggih. Bagi saya, matlamat kerajaan membangunkan modal insan bertaraf dunia merupakan satu agenda kerajaan yang sangat penting. Kerajaan sanggup menyediakan sejumlah pelaburan dana untuk merialisasikan program ini. Kerajaan juga telah menggunakan pelbagai pendekatan untuk melaksanakan kurikulum ini.

Saya mengharapkan perubahan kurikulum bersepadu kepada kurikulum standard disambut baik oleh pihak ibu bapa dan guru-guru supaya usaha kerajaan membangunkan modal insan bertaraf dunia tercapai dengan jayanya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan