Isnin, 12 Disember 2011

2.0 BAHAGIAN A(ii): ESEI ILMIAH

2. Esei Ilmiah:


NAMA : JURAYAH @ JANE BOTOHONG

NO. MATRIK : D042506

TAJUK : ESEI ILMIAH

ESEI BERDASARKAN SATU UNIT PELAJARAN

2.1 Bagaimana pengetahuan dan pengalaman terhadap isi kandungan unit tersebut

memberi impak terhadap perkembangan profesionalisme keguruan.

2.2 Cabaran-cabaran dalam mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman

tentang isi kandungan unit pelajaran.

========================================================================

SOALAN:

2.1 Bagaimana pengetahuan dan pengalaman terhadap isi kandungan unit tersebut

memberi impak terhadap perkembangan profesionalisme keguruan.

ESEI (a):

Guru bermaksud seseorang yang mengajar, pendidik, pengajar dan pengasuh. Guru diketuai oleh guru besar sekolah atau pengetua sekolah. Di Malaysia guru dilatih secara formal di maktab-maktab perguruan dan di universiti tempatan. Profesion perguruan berkait rapat dengan peranan, tugas dan kelayakan sebagai guru. Profesion perguruan antara jenis pekerjaan yang penting dalam proses pembangunan manusia. Golongan guru perlu bertanggungjawab memastikan martabat perguruan sentiasa dihormati dan dapat merialisasikan misi pendidikan Negara.

Mengikut Kamus Dewan, profesion ialah pekerjaan yang memerlukan pelajaran yang tinggi dan latihan khas. Keguruan bermaksud tugas dan tanggungjawab dan kerjaya sebagai guru. Etika pula bermaksud satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau tingkahlaku atau kesusilaan. Dari sudut islam, etika berkaitan dengan tingkahlaku yang betul berasaskan Al-Quran dan ketakwaan kepada Allah. Etika Profesion pula bermaksud semua garis panduan bertujuan meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan disiplin yang berkaitan dengan peraturan dan peradaban dan tingkah laku profesion dalam masyarakat.

Dalam konteks unit 9 yang bertajuk etika keguruan dan peraturan pendidikan di Malaysia, Kementerian Malaysia telah menggariskan sifat dan kualiti guru yang professional seperti bersemangat tinggi dalam perkhidmatan, bermatlamat yang jelas, kemahiran mengurus bilik darjah,kebolehan komunikasi yang baik, jangkaan yang tinggi terhadap murid, berupaya member yang terbaik, pengetahuan tentang kurikulum dan subjek yang diajar secara mendalam serta hubungan berkualiti dengan pelajar ibu bapa, masyarakat dan majikan. Ciri-ciri kualiti guru ini telah dikemukakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysiasebagai sifat-sifat guru yang unggul.

Etika Profesionalisme Keguruan

Unit ini menerangkan tentang etika profesionalisme keguruan yang merupakan salah satu cabang falsafah yang membincangkan tentang nilai-nilai etika dan estetika. Ia melibatkan tingkah laku manusia yang dinilai dari aspek lahiriah dan batiniah. Etika keguruan ini digubal untuktujuan membentuk satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap pelajar, ibu bapa, masyarakat, Negara dan rakan sejawat serta profesion. Dimana, setiap guru yang sedang berkhidmat wajib akur dan tidak melanggar etika ini.

Sebagai penjawat awam, guru-guru perlu mematuhi nilai-nilai utama etika kerja perkhidmatan awam yang dikeluarkan oleh Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN). Nilai-nilai ini sepatutnya ada dalam diri seorang guru bagi meningkatkan perkhidmatan keguruan seperti ikhlas, benar, amanah, tekun, bersyukur, taat, setia, dedikasi, bijaksana, sederhana, penyayang,bekerjasama dan berbudi pekerti. Jika nilai-nilai ini Berjaya diamalkan, guru-guru akan menjadi seorang yang berperibadian cemerlang dalam perkhidmatan keguruannya.

Terdapat dua puluh dua Kod Etika Profesion Keguruan Malaysia yang menjadi garis panduan guru membantudalam pembangunan Negara. Ini kerana setiap pergerakan guru, tutur kata guru dan tindakan guru akan sentiasa menjadi perhatian dan ikutan pelajar. Inilah sebabnya, guru wajib mengikuti Kod Etika Profesion Keguruan yang digubal khas ini. Berpandukan kod etika ini guru-guru tahu dengan jelas peranan dan tanggungjawab, tahu keunikan etika keguruan di Malaysia, sebagai bahan semakan, dapat meningkatkan imej profesion keguruan dan dpat membimbing guru mengeratkan perhubungan antara ahli dalam organisasi.

Akauntabiliti Keguruan

Akauntabiliti Keguruan ini membawa maksud bertanggungjawab pada seseorang atau bertanggungjawab pada sesuatu (Kamus Dwibahasa). Ia suatu tanggungjawab yang harus difahami dan dilaksanakan oleh guru. Tanggungjawab tersebut merangkumi guru terhadap murid, diri guru itu sendiri, sekolah, masyarakat dan Negara.

Terdapat lima kategori akauntabiliti guru iaitu akauntabiliti guru terhadap pelajar, akauntabiliti guru terhadap sekolah, akauntabiliti guru terhadap masyarakat dan Negara. Akauntabiliti guru terhadap profesion keguruan dan akauntabiliti guru terhadap diri sendiri. Dengan memahami prinsip akauntabiliti ini guru akan faham tanggungjawabnya yang sebsenar serta menghayati nilai-nilai etika ini.

Peraturan dalam pendidikan

Pegawai awam yang yang bekerja sebagai guru terikat dengan peraturan-peraturan dalam pendidikan. Misalnya, peraturan-peraturan pegawai awam (Kelakuan dan Tatatertib 1993 – Pindaan 2002). Tindakan tatatertib akan dikenakan kepada pegawai awam yang melanggar peraturan supaya menjadi panduan dan pengajaran kepada orang lain. Dari sudut lain pula, pegawai dibekalkan kuasa dalam menjalankan tugas. Tujuan perlaksanaan peraturan ini supaya penjawat awam nelaksanakan tugasnya dengan cekap, amanah dan bertanggungjawab, supaya dapat meletakkan kepentingan awam lebih utama daripada kepentingan diri sendiri, supaya berjaya memelihara imej dan reputasi perkhidmatan awam dan supaya pegawai yang bersalah dapat diberi pengajaran dan hukuman.

Peraturan-peraturan kelakuan dan tatatertib ini sentiasa dikemaskini mengikut keperluan semasa. Dalam peraturan ini telah dinyatakan hukuman-hukuman mengikut kategori dan kesalahan-kesalahan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh penjawat awam. Antara jenis larangan-larangan kepada penjawat awam ialah gangguan seksual, bekerja di luar tanpa kebenaran majikan, cara berpakaian yang tidak kemas, penyalahgunaan dadah dan banyak lagi kelakuan yang dilarang telah diterangkan dengan jelas.

Kesimpulannya, peraturan-peraturan kelakuan dan tatatertib bagi pegawai awam bertujuan untuk mencegah perlakuan yang melanggar peraturan, memperingatkan para penjawat awam agar sentiasa mengikut etika kerja yang betul dan pengajaran yang boleh dijadikan iktibar kepada pegawai lain. Berpandukan Kod Etika profesion keguruan Malaysia dan etika kerja serta penguatkuasaan peraturan-peraturan kelakuan dan tatatertib membantu meningkatkan peratus keberkesanan pembangunan modal insan sebagaimana yang disarankan oleh kerajaan.

==========================================================================

SOALAN:

2.2 Cabaran-cabaran dalam mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman

tentang isi kandungan unit pelajaran.

ESEI (b):

Terdapat banyak cabaran-cabaran dalam mengaplikasikan nilai Etika Profesion Keguruan ini. Ini kerana terdapat sekolah yang baik dan sekolah yang tidak baik dalam semua aspek. Jika seseorang guru mengabaikan akauntabiliti terhadap tugas dan tanggungjawabnya, maka dia sebenarnya telah gagal menjalankan tugas dengan baik dan gagal melahirkan modal insane seperti yang dikehendaki oleh kerajaan. Ini juga secara tak langsung telah menjatuhkan martabat profesion perguruan. Sifat penjawat awam yang menilai akauntabiliti terhadap tugas ini dari sudut negative juga akan menjadi cabaran untuk mengaplikasikan nilai etika ini seperti moral guru tersebut rendah, dia mempunyai tanggungan hutang yang serius, penyalah-gunaan dadah dan sebagainya.

Guru-guru masa kini menghadapi berbagai cabaran masalah etika. Misalnya, terpaksa berperanan untuk melahirkan masyarakat pemikir dalam keadaan yang cukup mencabar, terpaksa berdepan dengan akautabiliti guru dengan akauntabiliti pihak-pihak berkepentingan dalam pendidikan, diarah menjalankan tugas mendidik dalam bidang yang ia tidak mahir dan sebagainya. Fenomena ini memerlukan guru memiliki paras kebolehan tinggi, mahir dalam bidangnya dan sentiasa diberi latihan yang diperlukan oleh pendidik mengikut kategori atau peringkat tugas. Seorang pendidik yang berkebolehan juga seharusnya rapat dengan pelajar-pelajarnya.

Seseorang yang ingin menjadi guru perlu melengkapkan diri dengann ilmu melalui latihan perguruan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Walaupun seseorang itu telah menerima latihan keguruan tetapi guru itu sepatutnya mempunyai sifat dalaman sahsiah baik yang sedia ada dan dapat dihormati serta dicontohi oleh pelajar. Ini kerana guru berperanan menjadi pengganti ibu bapa di sekolah, penasihat dan pembimbing dalam pembentukan sahsiah pelajar. Tanggungjawab yang terpaksa dipikul oleh guru ini merupakan satu cabaran yang cukup mencabar dan mestikan dilaksanakan sebagai satu amanat wajib dari kerajaan kepada guru-guru. Oleh itu seorang guru mesti sentiasa melengkapkan diri dengan ilmu keguruan tanpa mengira usia dan tempoh berkhidmat supaya berjaya menjadi pengamal dan penyebar nilai kebudayaan dan sahsiah yang baik kepada pelajar dan masyarakat.

Bagi mengamalkan nilai-nilai etika keguruan ini bukan hanya memerlukan penghayatan dan kefahaman seseorang guru terhadap etika itu tetapi guru itu juga berupaya membuat keputusan dan menyelesaikan masalah secara berfikiran kritis dan kreatif. Ini kerana seorang guru banyak terlibat sebagai pentadbir,pengurus, perancang, pelaksana, penilai, penyelia, pengawal dan sebagainya di sepanjang tempoh perkhidmatannya.

Kesimpulannya, bagi mamartabatkan profesion perguruan guru perlu sentiasa menambah belbagai jenis ilmu dan sentiasa berusahan menguasai kemahiran yang lebih tinggi lagi supaya dapat mengatasi masalah-masalah dan cabaran demi cabaran yang wujud dari tuntutan perubahan kurikulum yang sentiasa bergerak maju ke hadapan. Disamping itu Kementerian Pendidikan juga perlu bersungguh-sungguh menjadikan profesion perguruan satu profesion yang dihormati dan disanjung tinggi oleh masyarakat.

BIBLIOGRAFI

1. Ee Ah Meng, 1994. Perkembangan dan pelaksanaan kurikulum. Kuala Lumpur :

Fajar Bakti.

2. Mok Soon Sang, 1996. Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman.

3. Rahmat ismail. (2000), Siri Motivasi dan Kecemerlangan Utusan Menggengam Bara satu pendekatan untuk memotivasi dan menyerlahkan keunggulan diri. Kuala Lumpur :Utusan Publications& Distributors Sdn Bhd.

4. Sonia blandfred. Penterjemah:Bahariah Yusuf (1999). Pengurusan peringkat

pertengahan di sekolah. Kuala Lumpur: Rhythm Distributor SDN BHD.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan