PEMARKAHAN | ||
1. | REFLEKSI |
|
2. | ESEI: (a) (b) |
|
3. | FORUM |
|
| JUMLAH |
|
EDU 3012: PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA:
FALSAFAH DAN DASAR
TAJUK
PORTFOLIO
PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA: FALSAFAH DAN DASAR
KUMPULAN
EL-S03
DISEDIAKAN OLEH
NAMA | NO. ID | NO. TELEFON |
JURAYAH @ JANE BOTOHONG | D20102042506 | 016-8392877 |
NAMA TUTOR E-LEARNING: DR. GOH SWEE CHOO
TARIKH SERAH: Disember 2011/ minggu ke 11
============================================================
ISI KANDUNGAN
|
| Halaman | |
1.0 | REFLEKSI UNIT PEMBELAJARAN: | ||
| 1.1 | Perkembangan pendidikan di Malaysia ke arah pembangunan insan dan negara |
|
| 1.2 | Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK): Huraian dan penghayatan | |
| 1.3 | Falsafah Pendidikan Guru: Pemikiran dan amalan profesion keguruan |
|
| 1.4 | Dasar-dasar dan halatuju pendidikan di Malaysia |
|
| 1.5 | Perancangan pembangunan pendidikan di Malaysia |
|
| 1.6 | Kurikulum sebagai wahana menterjemahkan Falsafah Pendidikan kebangsaan |
|
| 1.7 | Reka bentuk kurikulum di Malaysia |
|
| 1.8 | Penterjemahan dan pentafsiran kurikulum kebangsaan |
|
| 1.9 | Etika keguruan dan peraturan pendidikan di Malaysia |
|
| 1.10 | Akta Pendidikan 1996 |
|
2.0 |
ESEI BERDASARKAN SATU UNIT PELAJARAN | ||
| 2.1 | Bagaimana pengetahuan dan pengalaman terhadap isi kandungan unit tersebut memberi impak terhadap perkembangan profesionalisme keguruan. |
|
| 2.2 | Cabaran-cabaran dalam mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman tentang isi kandungan unit pelajaran. |
|
3.0 |
FORUM E-LEARNING | ||
| 3.1 | Sebagai seorang guru, bagaimanakah anda melaksanakan tanggungjawab untuk mempastikan hasrat yang terkandung di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan tercapai? |
|
| 3.2 | Perlukah Dasar PPSMI kembali dilaksanakan di sekolah-sekolah? Berikan hujah anda. |
|
| 3.3 | Kurikulum standard ke arah membangunkan modal insan bertaraf dunia. Bincangkan. |
|
| 3.4 | Guru sebagai arkitek bangsa. Hujahkan. |
|
| 3.5 | Peraturan-peraturan perkhidmatan keguruan dapat menjamin perkhidmatan yang cemerlang. Bincangkan. |
|
=================================================================
JAWAPAN REFLEKSI SETIAP UNIT
REFLEKSI UNIT PELAJARAN
UNIT | TAJUK |
1 | PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA KE ARAH PEMBANGUNAN INSAN DAN NEGARA |
1. Ringkasan Isi Kandungan Unit
Unit ini menerangkan tentang sejarah perkembangan pendidikan di Malaysia sejak sebelum penjajahan Inggeris lagi. Di mana, pendidikan sentiasa berubah mengikut era pembangunan masa itu. |
- Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya
| Konsep | Penjelasan |
1. | Falsafah pendidikan Kebangsaan | Menjadi teras sistem pendidikan kebangsaan.
|
2. |
|
|
3.
|
|
|
4.
|
|
|
5.
|
|
|
- Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda.
Semua warga guru negara ini wajib mengetahui sejarah perkembangan pendidikan di Malaysia supaya guru-guru tahu arah tuju pengajarannya di sekolah.
|
REFLEKSI UNIT PELAJARAN
UNIT | TAJUK |
2. | FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK): HURAIAN DAN PENGHAYATAN. |
1. Ringkasan Isi Kandungan Unit
Unit ini menerangkan maksud, definisi, cabang dan sebagainya mengenai falsafah barat, falsafah islam dan hubungkaitnya dengan falsafah pendidikan kebangsaan di Malaysia. Unit ini juga menekankan kepentingan perpaduan yang cuba diserapkan dalam FPK. |
- Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya
| Konsep | Penjelasan |
1. | Falsafah Pendidikan Kebangsaan | Suatu pendidikan yang berterusan dan seimbang dari semua sudut.
|
2. | Falsafah Pendidikan Barat | Mempunyai dua aliran umum iaitu aliran tradisional dan aliran moden
|
3.
| Falsafah Pendidikan Islam | Melibatkan latihan akal dan rohani. |
4.
|
|
|
5.
|
|
|
- Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda.
Pemahaman sebenar mengenai Falsafah Pendidikan Kebangsaan perlu dikuasai oleh setiap guruu supaya mempunyai landasan yang sebenar dalam pelaksanaan peangajarannya.
|
REFLEKSI UNIT PELAJARAN
UNIT | TAJUK |
3. | FALSAFAH PENDIDIKAN GURU (FPG) : PEMIKIRAN DAN AMALAN DALAM PROFESION KEGURUAN |
1. Ringkasan Isi Kandungan Unit
Unit ini menerangkan mengenai Falsafah Pendidikan Guru (FPG) dan kaitan atau persamaannya dengan Pendidikan Kebangsaan. Unit ini juga menghuraikan cabaran-cabaran perguruan, keguruan dan cabaran profesion keguruan terhadap keperluan masyarakat. |
2. Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya
| Konsep | Penjelasan |
1. | Standard Guru Malaysia | Piawaian yang menggariskan kompetensi professional yang perlu di capai oleh guru-guru Malaysia.
|
2. |
|
|
3.
|
|
|
4.
|
|
|
5.
|
|
|
- Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK) dan Falsafah Pendidikan Guru(FPG) saling berkaitan. Pembentukan, proses dan matlamat pendidikan ditentukan oleh FPK dan hala tuju pembinaan watak guru pula ditentukan oleh FPG
|
REFLEKSI UNIT PELAJARAN
UNIT | TAJUK |
4 | DASAR-DASAR DAN HALA TUJU PENDIDIKAN DI MALAYSIA. |
1. Ringkasan Isi Kandungan Unit
Unit ini menerangkan hala tuju pendidikan di Malaysia yang berkaitan dengan kawalan, kebajikan, inovasi dan solusi. Berbagai dasar diwujudkan dari semasa ke semasa bagi mencapai tujuan dasar ini. Unit ini juga menerangkan perkembangan dasar-dasar pendidikan di Malaysia semenjak pendidikan erah masyarakat Melayu tradisional sehinggalah pendidikan untuk kemajuan pada abad ke 21 iaitu memperkasakan pendidikan. |
- Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya
| Konsep | Penjelasan |
1. | Dasar Bahasa Kebangsaan | Sebagai bahasa rasmi Malaysia
|
2. | Dasar Perpaduan Nasional | Untuk perpaduan
|
3.
| Dasar Pembangunan Insan | Mewujudkan masyarakat yang mapan. |
4.
|
|
|
5.
|
|
|
- Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda.
Penerangan mengenai dasar pendidikan serta perlaksanaannya dalam unit ini merupakan satu mesej secara tak langsung bahawa seseorang pendidik mesti mengikuti dasar semasa yang di sarankan oleh kerajaan untuk diserapkan dalam pengajaran. Guru-guru adalah pelaksana dan perlu akur dengan dasar yang telah dibuat.
|
REFLEKSI UNIT PELAJARAN
UNIT | TAJUK |
5. | RANCANGAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA. |
1. Ringkasan Isi Kandungan Unit
Unit ini menerangkan mengenai Rancangan Malaysia (RM) yang berkaitan dengan perkembangan pendidikan di Malaysia dan Pelan Induk Pembangunan Pendidkan (PIPP) yang bermatlamat untuk menghasilkan pendidikan berkualiti untuk semua. Unit ini juga menerangkan enam strategik yang dikenalpasti oleh KPM bagi mengukuhkan pendidikan negara. |
2. Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya
| Konsep | Penjelasan |
1. | Rancangan Malaysia (RM) |
|
2. | Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) | Garis panduan rancangan pembangunan pendidikan yang ingin dicapai dalam tempoh lima tahun.
|
3.
|
|
|
4.
|
|
|
5.
|
|
|
- Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda.
Unit ini memberi penjelasan bahawa pendidikan di Malaysia bersifat dinamis dan sentiasa berkembang. Saya yakin pendidikan di Malaysia mampu bersaing dengan pendidikan diperingkat global.
|
REFLEKSI UNIT PELAJARAN
UNIT | TAJUK |
6. | KURIKULUM SEBAGAI WAHANA MENTERJEMAH FALSFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK). |
1. Ringkasan Isi Kandungan Unit
Unit ini menerangkan mengenai Kurikulum dalam pendidikan di Malaysia mengandungi elemen dan komponen seperti kandungan, kaedah dan penilaian. Dimana didalamnya mengandungi matlamat, rancangan, produk dan proses. Unit ini juga menrangkan jenis-jenis kurikulum yang terdapat dalam pendidikan di Malaysia seperti kurikulum formal dan kurikulum tidak formal. |
2. Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya
| Konsep | Penjelasan |
1. | Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) | Untuk mengisi proses transformasi sistem pelajaran Malaysia setanding dengan piawaian antarabangsa khas untuk sekolah rendah
|
2. | Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) | Untuk mengisi proses transformasi sistem pelajaran Malaysia setanding dengan piawaian antarabangsa khas untuk sekolah menengah.
|
3.
| Falsafah Pendidikan kebangsaan | Suatu pendidikan yang berterusan dan seimbang dari semua sudut.
|
4.
|
|
|
5.
|
|
|
- Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda.
Melalui pembacaan di unit ini saya dapat mempelajari takrif kurikulum dan perlaksanaan-perlaksanaan kurikulum selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
|
REFLEKSI UNIT PELAJARAN
UNIT | TAJUK |
7. | REKA BENTUK KURIKULUM DI MALAYSIA. |
1. Ringkasan Isi Kandungan Unit
Unit ini menerangkan tentang perkembangan kurikulum, sistem-sistem pendidikan Malaysia, kelemahan dan kelebihan kurikulum Malaysia. Ia juga menerangkan perbandingan teori-teori pembelajaran dalam kurikulum Malaysia. |
2. Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya
| Konsep | Penjelasan |
1. | Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) | Untuk mengisi proses transformasi sistem pelajaran Malaysia setanding dengan piawaian antarabangsa khas untuk sekolah rendah
|
2. | Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) | Untuk mengisi proses transformasi sistem pelajaran Malaysia setanding dengan piawaian antarabangsa khas untuk sekolah menengah.
|
3.
|
|
|
4.
|
|
|
5.
|
|
|
- Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda.
Melalui penerangan dalam unit ini saya saya faham bahawa sebagai pendidika perlu memainkan peranan dalam perkembangan kurikulum dalam tiga perkara iaitu perancang, pelaksana dan penilai.
|
REFLEKSI UNIT PELAJARAN
UNIT | TAJUK |
8. | PENTERJEMAHAN DAN PENTAFSIRAN KURIKULUM KEBANGSAAN. |
1. Ringkasan Isi Kandungan Unit
Unit ini menerangkan tentang kurikulum kebangsaan dan kurikulum sekolah dari sudut peranan kurikulum, amalan kurikulum dan objektif pengajaran pembelajaran di bilik darjah. Unit ini juga menerangkan penterjemahan kurikulum sekolah kepada proses pengajaran dan pembelajaran serta hubungkait antara penulisan RPH dengan pembelajaran murid. |
2. Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya
| Konsep | Penjelasan |
1. | Kurikulum kebangsaan | Suatu program pendidikan yang termasuk dalam kurikulum dan kokurikulum yang merangkumi pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seimbang.
|
2. | Kurikulum Sekolah | Melibatkan segala perancangan pendidikan yang dikendalikan oleh sesebuah sekolah.
|
3.
| Falsafah Pendidikan kebangsaan | Suatu pendidikan yang berterusan dan seimbang dari semua sudut.
|
4.
|
|
|
5.
|
|
|
- Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda.
Untuk menghasilkan suatu pengajaran dan pembelajaran yang berkesan mestilah bermatlamat. Dimana sebelum sesi pengajaran bermula, rancangan mengajar sudah disediakan dengan menyatakan objektif , aktiviti dan maklumat lain dengan jelas.
|
REFLEKSI UNIT PELAJARAN
UNIT | TAJUK |
9. | ETIKA KEGURUAN DAN PERATURAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA. |
2. Ringkasan Isi Kandungan Unit
Dalam unit ini menerangkan tentang ciri-ciri guru profesional, etika profesionalisme keguruan, nilai-nilai utama etika perkhidmatan, etika kerja Kementerian Pelajaran dan kod etika keguruan. Unit ini juga menerangkan tatasusila profesion keguruan Malaysia dan kepentingan kod etika keguruan. |
2. Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya
| Konsep | Penjelasan |
1. | Etika Profesion Perguruan | Garis panduan yang bertujuan meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan disiplin perkhidmatan.
|
2. | Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia. | Suatu nilai-nilai utama etika kerja perkhidmatan awam yang dikeluarkan oleh Institusi Tadbiran Awam Negara (INTAN).
|
3.
| Kod Etika Profesion Keguruan Malaysia (KEPK) | Sebagai garis panduan guru yang berada digarisan hadapan pembangunan negara. |
4.
|
|
|
5.
|
|
|
3. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda.
Bab ini sesuai dibaca, difahami dan dan diaplikasikan oleh semua guru-guru supaya misi pembangunan kerajaan terhadap pendidikan tercapai. Bab ini banyak mengupas tentang nilai-nilai etika keguruan, perkara-perkara yang dilarang atau tidak dibenarkan dan serta ciri-ciri guru berkualiti.
|
REFLEKSI UNIT PELAJARAN
UNIT | TAJUK |
10. | AKTA PENDIDIKAN 1996 |
1. Ringkasan Isi Kandungan Unit
Unit ini menerangkan tentang asas pembentukan Akta Pendidikan 1996 semenjak penggubalan Dasar Ekonomi Baru. Banyak implikasi telah dilaksanakan melalui akta pendidikan ini antaranya pengiktirafan pendidikan prasekolah, pendidikan wajib bagi pendidikan rendah dan peruntukan kuasa Menteri Pelajaran. |
- Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya
| Konsep | Penjelasan |
1. | Dasar Ekonomi Baru | Digubal untuk menjadi acuan merombakdan merencana pentadbiran negara.
|
2. | Penyata Razak 1956 | Menjadi asas kepada penggubalan Ordinan Pelajaran 1957.
|
3.
| Laporan Rahman Talib 1960 | Membawa kepada pembentukan Akta Pelajaran 1961 |
4.
| Akta Pelajaran 1961 | Menggariskan beberapa perkara utama yang mementingkan pembangunan pendidikan di Malaysia. |
5.
|
|
|
- Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda.
Profesion Perguruan di Malaysia memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan negara khususnya pembangunan modal insan. Saya sangat bangga menjadi sebahagian daripada warga pendidik.
|
====================================================================
ESEI BERDASARKAN SATU UNIT PELAJARAN
2.1 Bagaimana pengetahuan dan pengalaman terhadap isi kandungan unit tersebut
memberi impak terhadap perkembangan profesionalisme keguruan.
2.2 Cabaran-cabaran dalam mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman
tentang isi kandungan unit pelajaran.
NAMA : JURAYAH @ JANE BOTOHONG
NO. MATRIK : D042506
TAJUK : ESEI ILMIAH
SOALAN:
2.1 Bagaimana pengetahuan dan pengalaman terhadap isi kandungan unit tersebut
memberi impak terhadap perkembangan profesionalisme keguruan.
ESEI (a):
Guru bermaksud seseorang yang mengajar, pendidik, pengajar dan pengasuh. Guru diketuai oleh guru besar sekolah atau pengetua sekolah. Di Malaysia guru dilatih secara formal di maktab-maktab perguruan dan di universiti tempatan. Profesion perguruan berkait rapat dengan peranan, tugas dan kelayakan sebagai guru. Profesion perguruan antara jenis pekerjaan yang penting dalam proses pembangunan manusia. Golongan guru perlu bertanggungjawab memastikan martabat perguruan sentiasa dihormati dan dapat merialisasikan misi pendidikan Negara.
Mengikut Kamus Dewan, profesion ialah pekerjaan yang memerlukan pelajaran yang tinggi dan latihan khas. Keguruan bermaksud tugas dan tanggungjawab dan kerjaya sebagai guru. Etika pula bermaksud satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau tingkahlaku atau kesusilaan. Dari sudut islam, etika berkaitan dengan tingkahlaku yang betul berasaskan Al-Quran dan ketakwaan kepada Allah. Etika Profesion pula bermaksud semua garis panduan bertujuan meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan disiplin yang berkaitan dengan peraturan dan peradaban dan tingkah laku profesion dalam masyarakat.
Dalam konteks unit 9 yang bertajuk etika keguruan dan peraturan pendidikan di Malaysia, Kementerian Malaysia telah menggariskan sifat dan kualiti guru yang professional seperti bersemangat tinggi dalam perkhidmatan, bermatlamat yang jelas, kemahiran mengurus bilik darjah,kebolehan komunikasi yang baik, jangkaan yang tinggi terhadap murid, berupaya member yang terbaik, pengetahuan tentang kurikulum dan subjek yang diajar secara mendalam serta hubungan berkualiti dengan pelajar ibu bapa, masyarakat dan majikan. Ciri-ciri kualiti guru ini telah dikemukakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysiasebagai sifat-sifat guru yang unggul.
Etika Profesionalisme Keguruan
Unit ini menerangkan tentang etika profesionalisme keguruan yang merupakan salah satu cabang falsafah yang membincangkan tentang nilai-nilai etika dan estetika. Ia melibatkan tingkah laku manusia yang dinilai dari aspek lahiriah dan batiniah. Etika keguruan ini digubal untuktujuan membentuk satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap pelajar, ibu bapa, masyarakat, Negara dan rakan sejawat serta profesion. Dimana, setiap guru yang sedang berkhidmat wajib akur dan tidak melanggar etika ini.
Sebagai penjawat awam, guru-guru perlu mematuhi nilai-nilai utama etika kerja perkhidmatan awam yang dikeluarkan oleh Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN). Nilai-nilai ini sepatutnya ada dalam diri seorang guru bagi meningkatkan perkhidmatan keguruan seperti ikhlas, benar, amanah, tekun, bersyukur, taat, setia, dedikasi, bijaksana, sederhana, penyayang,bekerjasama dan berbudi pekerti. Jika nilai-nilai ini Berjaya diamalkan, guru-guru akan menjadi seorang yang berperibadian cemerlang dalam perkhidmatan keguruannya.
Terdapat dua puluh dua Kod Etika Profesion Keguruan Malaysia yang menjadi garis panduan guru membantudalam pembangunan Negara. Ini kerana setiap pergerakan guru, tutur kata guru dan tindakan guru akan sentiasa menjadi perhatian dan ikutan pelajar. Inilah sebabnya, guru wajib mengikuti Kod Etika Profesion Keguruan yang digubal khas ini. Berpandukan kod etika ini guru-guru tahu dengan jelas peranan dan tanggungjawab, tahu keunikan etika keguruan di Malaysia, sebagai bahan semakan, dapat meningkatkan imej profesion keguruan dan dpat membimbing guru mengeratkan perhubungan antara ahli dalam organisasi.
Akauntabiliti Keguruan
Akauntabiliti Keguruan ini membawa maksud bertanggungjawab pada seseorang atau bertanggungjawab pada sesuatu (Kamus Dwibahasa). Ia suatu tanggungjawab yang harus difahami dan dilaksanakan oleh guru. Tanggungjawab tersebut merangkumi guru terhadap murid, diri guru itu sendiri, sekolah, masyarakat dan Negara.
Terdapat lima kategori akauntabiliti guru iaitu akauntabiliti guru terhadap pelajar, akauntabiliti guru terhadap sekolah, akauntabiliti guru terhadap masyarakat dan Negara. Akauntabiliti guru terhadap profesion keguruan dan akauntabiliti guru terhadap diri sendiri. Dengan memahami prinsip akauntabiliti ini guru akan faham tanggungjawabnya yang sebsenar serta menghayati nilai-nilai etika ini.
Peraturan dalam pendidikan
Pegawai awam yang yang bekerja sebagai guru terikat dengan peraturan-peraturan dalam pendidikan. Misalnya, peraturan-peraturan pegawai awam (Kelakuan dan Tatatertib 1993 – Pindaan 2002). Tindakan tatatertib akan dikenakan kepada pegawai awam yang melanggar peraturan supaya menjadi panduan dan pengajaran kepada orang lain. Dari sudut lain pula, pegawai dibekalkan kuasa dalam menjalankan tugas. Tujuan perlaksanaan peraturan ini supaya penjawat awam nelaksanakan tugasnya dengan cekap, amanah dan bertanggungjawab, supaya dapat meletakkan kepentingan awam lebih utama daripada kepentingan diri sendiri, supaya berjaya memelihara imej dan reputasi perkhidmatan awam dan supaya pegawai yang bersalah dapat diberi pengajaran dan hukuman.
Peraturan-peraturan kelakuan dan tatatertib ini sentiasa dikemaskini mengikut keperluan semasa. Dalam peraturan ini telah dinyatakan hukuman-hukuman mengikut kategori dan kesalahan-kesalahan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh penjawat awam. Antara jenis larangan-larangan kepada penjawat awam ialah gangguan seksual, bekerja di luar tanpa kebenaran majikan, cara berpakaian yang tidak kemas, penyalahgunaan dadah dan banyak lagi kelakuan yang dilarang telah diterangkan dengan jelas.
Kesimpulannya, peraturan-peraturan kelakuan dan tatatertib bagi pegawai awam bertujuan untuk mencegah perlakuan yang melanggar peraturan, memperingatkan para penjawat awam agar sentiasa mengikut etika kerja yang betul dan pengajaran yang boleh dijadikan iktibar kepada pegawai lain. Berpandukan Kod Etika profesion keguruan Malaysia dan etika kerja serta penguatkuasaan peraturan-peraturan kelakuan dan tatatertib membantu meningkatkan peratus keberkesanan pembangunan modal insan sebagaimana yang disarankan oleh kerajaan.
===================================================================
SOALAN:
2.2 Cabaran-cabaran dalam mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman
tentang isi kandungan unit pelajaran.
ESEI (b):
Terdapat banyak cabaran-cabaran dalam mengaplikasikan nilai Etika Profesion Keguruan ini. Ini kerana terdapat sekolah yang baik dan sekolah yang tidak baik dalam semua aspek. Jika seseorang guru mengabaikan akauntabiliti terhadap tugas dan tanggungjawabnya, maka dia sebenarnya telah gagal menjalankan tugas dengan baik dan gagal melahirkan modal insane seperti yang dikehendaki oleh kerajaan. Ini juga secara tak langsung telah menjatuhkan martabat profesion perguruan. Sifat penjawat awam yang menilai akauntabiliti terhadap tugas ini dari sudut negative juga akan menjadi cabaran untuk mengaplikasikan nilai etika ini seperti moral guru tersebut rendah, dia mempunyai tanggungan hutang yang serius, penyalah-gunaan dadah dan sebagainya.
Guru-guru masa kini menghadapi berbagai cabaran masalah etika. Misalnya, terpaksa berperanan untuk melahirkan masyarakat pemikir dalam keadaan yang cukup mencabar, terpaksa berdepan dengan akautabiliti guru dengan akauntabiliti pihak-pihak berkepentingan dalam pendidikan, diarah menjalankan tugas mendidik dalam bidang yang ia tidak mahir dan sebagainya. Fenomena ini memerlukan guru memiliki paras kebolehan tinggi, mahir dalam bidangnya dan sentiasa diberi latihan yang diperlukan oleh pendidik mengikut kategori atau peringkat tugas. Seorang pendidik yang berkebolehan juga seharusnya rapat dengan pelajar-pelajarnya.
Seseorang yang ingin menjadi guru perlu melengkapkan diri dengann ilmu melalui latihan perguruan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Walaupun seseorang itu telah menerima latihan keguruan tetapi guru itu sepatutnya mempunyai sifat dalaman sahsiah baik yang sedia ada dan dapat dihormati serta dicontohi oleh pelajar. Ini kerana guru berperanan menjadi pengganti ibu bapa di sekolah, penasihat dan pembimbing dalam pembentukan sahsiah pelajar. Tanggungjawab yang terpaksa dipikul oleh guru ini merupakan satu cabaran yang cukup mencabar dan mestikan dilaksanakan sebagai satu amanat wajib dari kerajaan kepada guru-guru. Oleh itu seorang guru mesti sentiasa melengkapkan diri dengan ilmu keguruan tanpa mengira usia dan tempoh berkhidmat supaya berjaya menjadi pengamal dan penyebar nilai kebudayaan dan sahsiah yang baik kepada pelajar dan masyarakat.
Bagi mengamalkan nilai-nilai etika keguruan ini bukan hanya memerlukan penghayatan dan kefahaman seseorang guru terhadap etika itu tetapi guru itu juga berupaya membuat keputusan dan menyelesaikan masalah secara berfikiran kritis dan kreatif. Ini kerana seorang guru banyak terlibat sebagai pentadbir,pengurus, perancang, pelaksana, penilai, penyelia, pengawal dan sebagainya di sepanjang tempoh perkhidmatannya.
Kesimpulannya, bagi mamartabatkan profesion perguruan guru perlu sentiasa menambah belbagai jenis ilmu dan sentiasa berusahan menguasai kemahiran yang lebih tinggi lagi supaya dapat mengatasi masalah-masalah dan cabaran demi cabaran yang wujud dari tuntutan perubahan kurikulum yang sentiasa bergerak maju ke hadapan. Disamping itu Kementerian Pendidikan juga perlu bersungguh-sungguh menjadikan profesion perguruan satu profesion yang dihormati dan disanjung tinggi oleh masyarakat.
BIBLIOGRAFI
1. Ee Ah Meng, 1994. Perkembangan dan pelaksanaan kurikulum. Kuala Lumpur :
Fajar Bakti.
2. Mok Soon Sang, 1996. Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman.
3. Rahmat ismail. (2000), Siri Motivasi dan Kecemerlangan Utusan Menggengam Bara satu pendekatan untuk memotivasi dan menyerlahkan keunggulan diri. Kuala Lumpur :Utusan Publications& Distributors Sdn Bhd.
4. Sonia blandfred. Penterjemah:Bahariah Yusuf (1999). Pengurusan peringkat
pertengahan di sekolah. Kuala Lumpur: Rhythm Distributor SDN BHD.
====================================================================
FORUM E-LEARNING
3.1 Sebagai seorang guru, bagaimanakah anda melaksanakan tanggungjawab untuk mempastikan hasrat yang terkandung di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan tercapai?
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan untuk mengembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepadaTuhan. Usaha ini adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan dan berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta dapat menyumbangkan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.”
Group Forum - Group EL-S03
Sebagai seorang guru, bagaimanakah anda melaksanakan tanggungjawab untuk mempastikan hasrat yang terkandung di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan tercapai?
View Message : Current Topic | ||
KEIKHLASAN, KOMITMEN DAN PEMBANGUNAN POTENSI DIRI | ||
Posted By : Jurayah @ Jane Botohong (D20102042506) | ||
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) telah menggabungkan matlamat, dasar-dasar dan amalan-amalan pendidikan yang menjadi satu garisan segala istilah, pemikiran dan prinsip berkaitan dengan pendidikan Negara kita. Ia juga bertujuan menjadikannya lebih jelas, logik dan sesuai secara menyeluruh untuk diaplikasikan. Falsafah Pendidikan kebangsaan menyatakan keinginan kerajaan mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. FPK memberi panduan dan haluan kepada pakar pendidikan merancang dan melaksanakan sistem pendidikan di Malaysia. Bagi memastikan hasrat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) tercapai, guru-guru perlu memahami perkembangan pendidikan yang dilalui oleh seorang kanak-kanak. Iaitu sejak lahir, melalui pendidikan awal kanak-kanak dan di peringkat sekolah seperti pra-sekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah. Di sekolah, guru perlu ada kesedaran dan bertanggungjawab membentuk kanak-kanak selaras dengan kehendak FPK. Antaranya penerapan nilai murni bermula dari pendidikan pra-sekolah sehinggalah ke sekolah menengah melalui proses pembelajaran. Di mana, guru perlu membimbing kanak-kanak tersebut dalam pembentukan peribadi berdasarkan nilai-nilai murni yang disarankan oleh FPK melalui penggabungjalinan sukatan pelajaran semasa. Guru-guru juga perlu sedar bahawa di samping tugas mengajar mengikut sukatan pelajaran, guru perlu menerapkan nilai-nilai murni ini secara tidak formal melalui komunikasi yang baik antara guru dan murid, melalui sesi pengajaran di kelas dan banyak lagi kaedah atau strategi mengikut kreativiti seorang guru. Seorang guru perlu ada usaha mengembangkan potensi dirinya dengan menjadikannya satu aktiviti sepanjang hayat supaya guru-guru dapat melaksanakan tanggungjawab untuk memastikan hasrat FPK tercapai. Sebagai contoh, guru-guru yang sedang sedang belajar di universiti merupakan salah satu cara mengembangkan potensi diri untuk diaplikasikan kepada pelajar nanti. Sekian. | ||
Attachment : |
FORUM 1: ULASAN 1
Group Forum - Group EL-S03
| |||||||||||||||||||||||||
|
FORUM 1: ULASAN 2
Group Forum – EL S03
| |||||||||||||||||||||||||
|
FORUM 1: ULASAN 3
Group Forum –EL S03
| |||||||||||||||||||||||||
|
FORUM 1: ULASAN 4
Group Forum – EL S03
| |||||||||||||||||||||||||
3.2 Perlukah Dasar PPSMI kembali dilaksanakan di sekolah-sekolah? Berikan hujah
anda.
Group Forum – EL S03
View Message : Current Topic | ||
Perlukah Dasar PPSMI kembali dilaksanakan di sekolah-sekolah. | ||
Posted By : Jurayah @ Jane Botohong (D20102042506) | ||
Salam 1 Malaysia, Pada pendapat saya Dasar PPSMI tidak sesuai dilaksanakan semula di sekolah-sekolah jika pendekatan dan kaedah yang sama dijalankan. Rekod PPSMI selama 6 tahun perlaksanaan telah membuktikan PPSMI banyak kepincangan dan kelemahan. Antaranya, penggunaan bahasa inggeris dalam pengajaran matematik dan sains menimbulkan tekanan dan kekuatiran di kalangan pelajar-pelajar dan guru-guru matematik dan sains yang kurang mahir berbahasa inggeris. Mata pelajaran matematik dan sains merosot dengan ketaranya pada tahun 2003. Penguasaan ilmu sains dan matematik terjejas kerana disebabkan masalah bahasa inggeris. Saya merupakan guru opsyen matematik yang turut sama menerima bahang dari kekuatiran dan tekanan daripada beberapa sudut kerana kurang mahir mengajar matematik dalam bahasa inggeris. Anggapan `guru serba boleh' dari pihak pentadbiran sekolah memaksa guru matematik dan sains menguasai bahasa inggeris dalam masa yang singkat. Semasa dalam proses mengikuti kursus-kursus bahasa inggeris, kadang-kadang guru akan diiringi dengan belbagai tekanan dari pihak sekolah dan masyarakat. Menggunakan kos sendiri untuk meningkatkan kemahiran menguasai bahasa inggeris, tidak menjadi masalah kepada guru-guru yang mempunyai kesedaran perlunya meningkatkan ilmu sepanjang hayat. Apa yang penting, guru-guru diberi masa dan peluang meningkatkan ilmu pengetahuan dari segi masa mengikuti kuliah atau kursus, kemudahan pembiayaan seperti biasiswa dari KPM dan memberi garis panduan khusus untuk guru besar atau pengetua dan guru-guru untuk berkursus atau menyambung pembelajaran di universiti supaya tidak menjadi bahan tumpuan tekanan atau laluan guru besar dan pengetua menyekat kebajikan guru berkenaan. Sebagai contoh, pihak sekolah merancang aktiviti yang akan diadakan pada setiap hari Sabtu dan mewajibkan semua guru datang tanpa pengecualian, termasuklah guru-guru yang mengikuti kursus peringkat sijil dan kuliah di universiti pada hari sabtu. Penggunaan bahasa inggeris dalam pengajaran matematik dan sains bagi saya cukup baik untuk meningkatkan kualiti penguasaan bahasa inggeris. Hanya bagi pendapat saya, PPSMI telah dilaksanankan secara mengejut. Dimana guru-guru dan murid dipaksa menggunakan bahasa inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains tanpa persiapan yang sewajarnya, sehinggakan menyebabkan pelbagai isu telah timbul termasuklah membawa padah musibah politik. Oleh itu, jika pihak kerajaan memikirkan PPSMI perlu dilaksanakan semula, saya mengharapkan akan ada penambahbaikan dari segi persiapan perlaksanaan dan kaedah dari semua peringkat. Misalnya, mengatasi kekurangan guru bahasa inggeris, melonggarkan penggunaan dwi bahasa, jangan dipolitikan dan lain-lain lagi yang di rasakan perlu..Sekian. | ||
Attachment : No File Attach... |
FORUM 2: ULASAN 1
Group Forum – EL S03
| |||||||||||||||||||||||||
|
FORUM 2: ULASAN 2
Group Forum – EL S03
| |||||||||||||||||||||||||
|
FORUM 2: ULASAN 3
Group Forum – EL S03
|
FORUM 2: ULASAN 4
Group Forum – EL S03
|
3.3 Kurikulum standard ke arah membangunkan modal insan bertaraf dunia.
Bincangkan.
Group Forum – EL S03
View Message : Current Topic | ||
Kurikulum Standard ke arah membangunkan modal insan bertaraf dunia. | ||
Posted By : Jurayah @ Jane Botohong (D20102042506) | ||
Salam 1 Malaysia 1 UPSI, Kurikulum standard merupakan satu misi perancangan kerajaan membentuk transformasi pendidikan. Pengetahuan asas mengenai kurikulum standard ini perlu diketahui oleh guru-guru, pihak pengurusan pendidikan dan ibu bapa. KSSR ialah singkatan bagi Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Transformasi kurikulum ini berasaskan dua standard utama iaitu standard kandungan dan standard pembelajaran. Perlaksanaan kurikulum standard ini hasil semakan semula Kurikulum Bersepadu yang dilaksanakan sejak tahun 1993 lagi. Bagi pandangan saya, kurikulum standard ini boleh membangunkan modal insan bertaraf dunia kerana melalui kurikulum standard ini telah menyediakan satu pendidikan berkualiti secara optimum untuk murid supaya seimbang, berdikari dan berjaya dalam kehidupan.Ia telah digubal khas untuk mengembangkan potensi murid secara menyeluruh, bersepadu, bersesuaian dengan semua tahap dan seimbang akhlak mulia secara menyeluruh. Kurikulum standard ini pastinya dapat menyaingi pendidikan negara-negara maju untuk melahirkan modal insan bertaraf dunia, jika semua pihak yang berkaitan sama-sama berganding bahu dalam perlaksanaan pembangunan kurikulum ini. | ||
Attachment : No File Attach... | ||
| |
FORUM 3:ULASAN 1
Group Forum – EL S03
|
=====================================================
BIBLIOGRAFI
1. Ee Ah Meng (1988).PENDIDIKAN DI MALAYSIA UNTUK GURU PELATIH.(Kuala
Lumpur).Penerbitan Fajar Bakti Sdn.Bhd.
2. Sang, Mok Soon. (2008). Ilmu Pendidikan Untuk KPLI (Sekolah Rendah:
Komponen 1&2)
3. Rahmat ismail. (2000), Siri Motivasi dan Kecemerlangan Utusan Menggengam Bara satu pendekatan untuk memotivasi dan menyerlahkan keunggulan diri. Kuala Lumpur: Utusan Publications& Distributors Sdn Bhd.
4. Ee Ah Meng, 1994. Perkembangan dan pelaksanaan kurikulum. Kuala Lumpur :
Fajar Bakti.
5. Mok Soon Sang, 1996. Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman.
6. Sonia blandfred. Penterjemah:Bahariah Yusuf (1999). Pengurusan peringkat
pertengahan di sekolah. Kuala Lumpur: Rhythm Distributor SDN BHD.